Beberapa kawasan KL, Selangor catat IPU hampir tidak sihat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor hampir mencatatkan bacaan indeks kualiti udara tidak sihat kira-kira jam 2 petang tadi.

Mengikut data yang dikeluarkan Indeks Pencemaran Udara Malaysia menunjukkan kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan pada skala 99 dan Cheras pada skala 92.

Manakala di Kuala Selangor mencatatkan bacaan pada skala 96 dan 94 bagi kawasan Petaling Jaya pada jam 2 petang, Klang mencatatkan bacaan pada skala 89 pada jam 3 petang.

Bagi kawasan Banting pula, bacaan pada jam 3 petang menunjukkan skala 90.

Sementara itu, IPU bagi Nilai yang terletak berhampiran Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat pada skala 107.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!