33 banduan serah diri
MANILA - Seramai 33 banduan di Filipina yang dibebaskan kerana berkelakuan baik menyerah diri semalam sebagai maklum balas kepada kata dua Presiden Rodrigo Duterte, kata pegawai.
Jurucakap Agensi Koreksional, Sonny del Rosario berkata, kesemua mereka menyerah diri di ibu pejabat agensiitu di Muntinlupa, Cagayan, Pasay, Laguna dan Ifugao.
Duterte sebelum ini mahu 1,700 banduan yang dibebaskan kerana berkelakuan baik, dipenjarakan semula selepas mempersoalkan pembebasan mereka sama ada sah di sisi undang-undang.
Duterte berkata, mereka yang sebahagiannya dipenjara atas jenayah rogol dan bunuh itu diberi masa 15 hari untuk menyerah diri atau dianggap sebagai orang buruan.
Ahad lalu, Senator Franklin Drilon berkata, hampir 2,000 banduan yang menerima hukuman penjara seumur hidup sudah dibebaskan mengikut peruntukan undang-undang pada 2014.
Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak sah kerana tidak diluluskan Setiausaha Jabatan Keadilan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!