Puteri Tambun beri sokongan moral kepada Nour Shafinar

Irmalini (dua dari kanan) turut menyerahkan sumbangan kepada Nour Shafinar ketika menziarahi balu Allahyarham Mejar Zahir di kediaman ibu bapanya di Taman Perpaduan di sini.
Irmalini (dua dari kanan) turut menyerahkan sumbangan kepada Nour Shafinar ketika menziarahi balu Allahyarham Mejar Zahir di kediaman ibu bapanya di Taman Perpaduan di sini.
A
A
A

IPOH - Puteri UMNO Bahagian Tambun akan terus memberikan sokongan moral kepada Nour Shafinar Harun, 31, yang kehilangan suami tercinta Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya akibat terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah kelmarin.

Ketuanya, Irmalini Amir Hamzah berkata, Nour Shafinar amat memerlukan sokongan moral sama ada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling untuk memberikan kekuatan menerima takdir.

Beliau berkata, pihaknya bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan mengharapkan pembelaan sewajarnya diberikan kepada keluarga Allahyarham yang kehilangan tempat bergantung.

"Paling penting semua pihak termasuk seluruh rakyat Malaysia perlu berikan sokongan moral kepada Nour Shafinar. Berilah kata-kata semangat yang positif supaya keluarga Allahyarham terus kuat menghadapi ujian ini.

"Kita minta juga kerajaan dan kementerian bertanggungjawab memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham atas pengorbanan besarnya kepada negara," katanya kepada Sinar Harian ketika menziarahi Nour Shafinar di kediaman keluarganya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta hari ini

Allahyarham Mohd Zahir yang merupakan Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9.28 pagi kelmarin selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

Jenazahnya selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, semalam.

[Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/46368/BERITA/Tragedi/Anak-AR-Badul-maut-terkena-tembakan]

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Irmalini akan berusaha membantu Nour Shafinar untuk meneruskan kehidupan selain mendoakan balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir itu terus kuat menghadapi ujian.

Menurutnya, semua pihak juga perlu menghormati dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggores perasaan ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak Allahyarham.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!