Geng Intan Perdana tumpas

Aidi Sham (kanan) menunjukkan motosikal yang berjaya dirampas oleh Geng Intan Perdana.
Aidi Sham (kanan) menunjukkan motosikal yang berjaya dirampas oleh Geng Intan Perdana.
A
A
A

PORT DICKSON - Bukan sahaja aktif mencuri motosikal, malah tiga remaja termasuk dua yang masih bersekolah dikesan terlibat mengubahsuai motosikal curi untuk tujuan lumba haram.

Bagaimanapun tiga remaja belasan tahun dipercayai anggotai Geng Intan Perdana berkenaan akhirnya ditahan polis pada 25 Ogos lalu selepas disyaki terlibat mencuri sekurang-kurangnya 11 buah motosikal di Port Dickson dan Melaka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, remaja berkenaan dipercayai aktif mengubahsuai motosikal yang dicuri dengan meleraikan komponen kenderaan itu untuk dijadikan alat ganti bagi tujuan lumba haram.

"Dua suspek yang masih bersekolah dan seorang lagi tidak bersekolah itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah pada 25 Ogos lalu di Taman Intan Perdana pada jam 5 petang.

"Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 16 dan 17 tahun mengaku mencuri 10 motosikal di Port Dickson dan sebuah motosikal di Melaka.

"Malah suspek dipercayai aktif mencuri motosikal dalam masa tiga minggu sebelum ditahan," katanya pada sidang akhbar di IPD Port Dickson semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman lima hari bermula Isnin lalu bagi melengkapkan siasatan.

"Sebelum itu, suspek sudah direman di IPD Alor Gajah sebelum diserahkan ke IPD Port Dickson.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!