Manchester United belum layak jadi calon juara EPL

Barisan pemain United.
Barisan pemain United.
A
A
A

MANCHESTER United dianggap masih belum layak menjadi calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Legenda The Red Devils, Paul Scholes percaya United masih tidak mempunyai karakter untuk menjadi juara memandangkan mereka masih bergelut menampilkan prestasi terbaik.

Scholes juga percaya bahawa pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer juga perlu mendapatkan pemain berkualiti di bahagian serangan selepas melepaskan Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku.

“Saya rasa untuk mengatakan United sebagai calon juara tidak sesuai dalam tempoh dua tahun ini. Pasukan itu tidak lengkap sehinggalah Solskjaer mendapatkan pemain yang bagus pada jendela perpindahan akan datang.

“United akan berada di belakang Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Tottenham Hotspur. Saya fikir penyokong United perlu bersabar dengan pemain muda. Pemain berpengalaman sedia ada perlu menunjukkan persembahan yang lebih bagus.

“Kita sudah berulang kali melihat banyak kesilapan yang dilakukan pemain berpengalaman. Susah untuk pemain muda belajar jika pemain berpengalaman menunjukkan aksi yang kurang baik,” katanya.

Pandangan berbeza disuarakan seorang lagi legenda United, Gary Neville yang menyifatkan United berada di landasan terbaik walaupun menampilkan aksi hambar pada permulaan liga.

“Memang ada rasa kecewa dalam kalangan pemain United melihat kepada persembahan pasukan ketika ini. Namun, percayalah mereka sedang berusaha untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih bagus dengan menggilap bakat pemain muda,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selepas empat perlawanan, United gagal mengekalkan aksi konsisten dalam saingan EPL apabila mencatatkan satu kemenangan, dua seri dan satu kalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!