Warga AS seludup bayi dalam beg silang didakwa

 Talbot didakwa di bawah kes pemerdagangan manusia.
Talbot didakwa di bawah kes pemerdagangan manusia.
A
A
A

MANILA - Pihak berkuasa Filipina semalam mendakwa seorang wanita Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan cuba menyeludup bayi berusia enam hari keluar dari negara itu yang disembunyikan dalam beg miliknya.

Tangkapan itu dibuat ketika suspek, Jennifer Talbot, 42, cuba menaiki pesawat untuk meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila untuk pulang ke Washington ketika kejadian kelmarin.

Pegawai Biro Siasatan Nasional memberitahu dia meletakkan bayi lelaki tersebut di dalam beg silang yang dipakainya.

Wanita itu didakwa di bawah kes pemerdagangan manusia dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara.

Sementara itu, penyiasat percaya bayi yang kini diletakkan di bawah jagaan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak itu dilahirkan wanita tempatan di selatan negara itu dan kemudiannya diterbangkan ke Manila.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mereka berjaya menjejaki ibu bayi berkenaan.

Difahamkan, pendakwa raya tidak memfailkan sebarang dakwaan melakukan penculikan terhadap Talbot. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!