K Riders jelajah negara bersama Jalur Gemilang

Peserta Kembara Merdeka menamatkan konvoi jelajah negara selama lima hari di Pasir Puteh.
Peserta Kembara Merdeka menamatkan konvoi jelajah negara selama lima hari di Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kelab Penunggang Skuter Kelantan (K Riders) menamatkan konvoi jelajah negara sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sini hari ini.

Presiden K Riders, Yusof Mamat berkata, program Kembara Merdeka itu dijayakan 27 ahli dengan skuter berkuasa tinggi dari 250cc hingga 400cc.

Katanya, program itu mengambil masa lima hari bermula di Kota Bharu yang mana pelepasan peserta disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob.

"Program ini berakhir di Pasir Puteh iaitu di kediaman Timbalan Pengarah Program, Mohd Ali Akbar Yusof di Kampung Nara.

"Ia cukup bermakna apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang di semua negeri di semenanjung negara," katanya.

Menurutnya, destinasi pertama adalah negeri Perak sebelum ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Putrajaya.

Dari Putrajaya katanya, konvoi menuju ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Dari Johor kita bergerak pulang melalui Pahang dan Terengganu," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Yusof berkata, di samping menyemarakkan semangat patriotik, peserta turut mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!