Bersatu belum setanding Umno

Abd Rahman (tiga kiri) bersama Ketua Pembangkang Dun Selangor, Rizam Ismail (tiga kanan) bersama kepimpinan Umno Bahagian Sabak Bernam hadir pada Program Back to School di Pejabat Adun Sungai Air Tawar, di sini.
Abd Rahman (tiga kiri) bersama Ketua Pembangkang Dun Selangor, Rizam Ismail (tiga kanan) bersama kepimpinan Umno Bahagian Sabak Bernam hadir pada Program Back to School di Pejabat Adun Sungai Air Tawar, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Bersatu masih belum dapat menandingi kekuatan Umno untuk meraih sokongan kaum Melayu meskipun Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.

Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, Bersatu bukanlah sebuah parti yang kukuh dalam PH kerana mempunyai bilangan kerusi Parlimen jauh lebih sedikit berbanding PKR dan DAP.

"Bilangan kerusi (Parlimen) yang dimenangi Umno (PRU14) masih lagi tertinggi berbanding Bersatu," katanya pada Program Back to School di Pejabat Adun Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir, kewujudan Bersatu bagi melindungi Melayu, Abd Rahman tidak pelik dengan kenyataan itu.

"Dr Mahathir salah seorang pengasas Umno baru dan mungkin pemikiran serta hati kecil beliau masih kepada Umno.

"Kalau benar Bersatu boleh menyatukan Melayu, kenapa tidak beliau terus bersama Umno yang terhasil daripada perjuangan," katanya.

Katanya, perjuangan kaum Melayu sebelum dan selepas merdeka bukanlah menekankan soal nama parti, sebaliknya bagaimana berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama serta negara.

"Sebelum penubuhan Umno, perjuangan paling penting ialah kita mencari ketua, dan kemudian mengumpulkan ahli, menubuhkan organisasi dan selepas itu barulah kita menamakan organisasi.

Artikel Berkaitan:

"Nama parti apa pun yang hendak ditukar tidak penting kerana bagi saya prinsip perjuangan untuk kepentingan Melayu, Islam dan bangsa Malaysia yang ada dalam negara ini mesti dipertahankan," jelasnya.

Sehubungan itu, pimpinan tertinggi Umno dan Bersatu diharap memikirkan kaedah terbaik bagaimana untuk kembali kepada landasan prinsip perjuangan sebenar.

"Saya tidak bermaksud untuk Umno dan Bersatu bergabung kerana itu hak masing-masing," katanya.

Semalam, Dr Mahathir dalam ucapan dasar pada Perasmian Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua, menegaskan Bersatu tidak akan berdiam diri dengan membiarkan kehancuran Melayu dan Bumiputera berterusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!