Imigresen Selangor cekup 25 PATI

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi Imigresen Selangor di sekitar Shah Alam dan Puchong semalam.
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi Imigresen Selangor di sekitar Shah Alam dan Puchong semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor menggempur premis makanan, tekstil dan pusat hiburan dengan tangkapan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar daerah ini dan Puchong semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi dengan kekuatan 17 pegawai itu dijalankan lebih tujuh jam bermula jam 4 petang.

Menurutnya, seramai 32 individu telah diperiksa sepanjang operasi tersebut dan hasilnya 25 warga asing termasuk dua kanak-kanan lelaki dan perempuan ditahan atas kesalahan imigresen.

"Dalam operasi di Shah Alam, kita telah memeriksa premis makanan dan minuman serta premis tekstil dan telah menahan 24 PATI.

Warga asing yang ditahan di soal siasat dalam operasi Imigresen Selangor di sekitar Shah Alam dan Puchong semalam.
Warga asing yang ditahan di soal siasat dalam operasi Imigresen Selangor di sekitar Shah Alam dan Puchong semalam.

"Terdapat cubaan seorang PATI yang cuba merakamkan aktiviti penguatkuasaan namun tindakan itu berjaya dikesan dan pemeriksaan terhadapnya mendapati dia melakukan kesalahan tinggal lebih masa.

"Lokasi operasi seterusnya di premis hiburan di Puchong telah menahan seorang PATI yang merupakan pekerja premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, semakan mendapati tangkapan terdiri daripada 16 warga Thailand termasuk seorang kanak-kanak perempuan, tujuh warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak lelaki serta dua warga Bangladesh.

Katanya, antara kesalahan utama yang dilakukan PATI adalah tidak memiliki sebarang pas dan permit yang sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas.

"Kesemua yang ditahan berusia tiga hingga 55 tahun telah dibawa ke pejabat Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor bagi tujuan pemeriksaan dan seterusnya akan ditahan di Depot Imigresen Semenyih," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!