Dua remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

Penduduk Palestin menyelamatkan diri selepas kawasan tempat mereka berkumpul dihujani gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.
Penduduk Palestin menyelamatkan diri selepas kawasan tempat mereka berkumpul dihujani gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel semasa menyertai bantahan di sempadan Gaza semalam.

Kementerian Kesihatan Gaza mengenal pasti mangsa sebagai Ali Sami Ashqar, 17 dan Khaled Al-Rabei, 14.

Ia menambah, 38 lagi mangsa turut cedera akibat ditembak dengan peluru hidup termasuk dua anggota paramedik dan seorang wartawan.

Bantahan 'Great March of Return' yang diadakan di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel telah memasuki minggu ke-73 sejak tercetus pada 30 Mac tahun lalu.

Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu.

Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!