Sokong produk keluaran anak jati Kelantan

Mohd Fared
Mohd Fared
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menyarankan anak-anak Kelantan di seluruh pelosok negeri untuk membeli dan menyokong produk keluaran anak jati negeri ini bagi mengukuhkan lagi ekonomi mereka.

Yang Dipertuanya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, PPIK tidak berniat untuk mendiskriminasikan bangsa lain atau mensabotaj produk-produk bangsa lain.

“Lebih bagus jika pengguna mengutamakan produk keluaran anak negeri supaya pengeluar dan pembuat produk ini boleh melonjak laris hingga dapat meluaskan perniagaan mereka hingga ke seluruh negara seterusnya ke persada dunia.

“Niat PPIK adalah untuk menyedarkan pengguna mengutamakan produk-produk anak tempatan demi mengukuhkan ekonomi negeri amnya,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai contoh anak Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan popular seluruh negara ialah Datuk Seri Vida, D'nas Tia Amelia dan sebagainya yang bermula dari Kelantan dan mendapat sokongan pengguna dari negeri kelahiran beliau hingga dapat mengumpul kekayaan yang luar biasa.

Selain itu, PPIK juga menyokong dan menjalinkan kerjasama dengan perniagaan dalam talian Bumiputera pertama di Malaysia yang dikenali sebagai ‘OGO-EAST’ terbaru.

“PPIK berharap semakin ramai anak Kelantan menceburi bidang perniagaan secara besar-besaran supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!