Satu maut, cedera dalam tragedi awal pagi

Salah sebuah kenderaan terlibat kemalangan remuk.
Salah sebuah kenderaan terlibat kemalangan remuk.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis Proton yang dipandu mereka terbabit kemalangan di Jalan Semambu di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Proton X70, Lye Wai Cun, 40, beralamat di Taman Jerantut, Jerantut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penuntut Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang memandu kereta jenis Proton Saga, Kok Choon Chern, 19, cedera di bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu Proton X70 dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke bandar Kuantan.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa yang juga seorang peniaga itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Dalam masa sama, kereta dipandu penuntut Polisas yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu Proton X70 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarulzaman berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, ketika tiba di lokasi pihaknya mendapati kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing dan salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.

“Kedua-duanya berjaya dikeluarkan dan mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!