Pengajaran secara rakaman tingatkan konsep 'e-learning'

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melihat pengajaran secara rakaman video akan menjadi hala tuju Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan konsep 'e-learning'.

Menurutnya, kaedah berkenaan dibentangkan kepada Dr Mahathir beberapa bulan lalu malah ia sekali gus dapat memastikan guru berbakat dan terbaik bukan setakat mengajar di kelas mereka sahaja bahkan di seluruh negara.

“Kita ada beberapa platform yang sedang dibangunkan dan ini juga aspirasi Tun (Dr Mahathir) yang kita akan laksanakan. Kita sedang cuba untuk memulakan kaedah ini pada tahun 2020.

"Kita akan umum bila sampai masanya dan mungkin Tun akan rasmikan,” katanya selepas merasmikan program ‘Merdeka Special Charity Run 2019’ di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih yang akan diperkenalkan di sekolah negara ini tidak lama lagi.

Dr Mahathir semasa lawatan ke Sekolah Rendah Ritsumeikan, Kyoto, Jepun semalam dilaporkan berkata, kaedah itu akan dikongsikan dengan sekolah lain untuk memberi manfaat kepada pelajar dan guru di sekolah masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan bercadang guna pembelajaran secara rakaman: Mahathir

“Kita cuba memudahkan pengajaran kerana tidak semua guru sama. Apa yang kita hendak lakukan ialah memanfaatkan guru yang baik, rekodkan cara pengajaran mereka dan berkongsi pengajaran itu dengan guru sekolah lain. Guru berkenaan kemudian akan membimbing dan menjelaskan kepada pelajar mereka,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!