Bayi lapan bulan antara maut akibat demam denggi

Mohd Khuzzan (tengah) bersama mereka yang terlibat Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat negeri Johor 2019 di Taman Adda Height hari ini.
Mohd Khuzzan (tengah) bersama mereka yang terlibat Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat negeri Johor 2019 di Taman Adda Height hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bayi perempuan berusia lapan bulan antara 19 mangsa yang maut akibat demam denggi mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun ini hingga bulan lepas.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, manakala, warga emas wanita berumur 95 tahun antara mangsa tertua yang maut bagi tempoh sama.

"Pada tahun ini, Johor sekali lagi dilanda situasi demam denggi yang luar biasa iaitu sehingga akhir bulan Ogos sebanyak 7,761 kes dan 19 kematian telah didaftarkan.

"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 101 peratus bagi kes denggi dan 58 peratus kematian berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Jumlah keseluruhan wabak adalah sebanyak 1,016 yang mana sebanyak 65 peratus adalah wabak melebihi 30 hari atau hotspot," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat negeri Johor 2019 di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda Height, di sini hari ini.

Mohd Khuzzan berkata, sebanyak 13,700 premis kediaman iaitu 3.9 peratus dari rumah diperiksa mempunyai pembiakan Aedes di persekitaran premis tersebut mengikut statistik yang dikumpulkan Pasukan Kawalan Denggi negeri ini.

"Manakala, sebanyak 1,371 atau 61 peratus dari tanah lot kosong, back lane dan bahu jalan yang diperiksa juga mempunyai positif pembiakan Aedes.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga di tempat pembuangan sampah, sebanyak 378 atau 90.2 peratus adalah positif jentik-jentik Aedes, 55 buah rumah ibadat dan 28 taman rekreasi.

"Selain itu, 116 sekolah dan 181 sekolah serta 380 tempat tumpuan awam turut didapati positif pembiakan Aedes," katanya.

Berikutan itu, beliau yakin kes kematian demam denggi ini dapat diturunkan menerusi hasil kerjasama semua pihak.

"Tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes adalah berpunca daripada tabiat dan sikap yang tidak menyelenggara persekitaran.

"Bayangkan jika setiap warga Johor dapat melaksanakan amalan bermula dengan diri sendiri, maka negeri ini bukan sahaja bebas dari risiko jangkitan demam denggi, malah boleh diiktiraf sebagai negeri yang bersih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!