Pelampau Yahudi ceroboh kampung

Salah sebuah kenderaan penduduk Palestin yang dirosakkan pelampau Yahudi dari penempatan haram Yitzhar.
Salah sebuah kenderaan penduduk Palestin yang dirosakkan pelampau Yahudi dari penempatan haram Yitzhar.
A
A
A

RAMALLAH - Tiga kenderaan milik penduduk Palestin di Tebing Barat menjadi mangsa vandalisme pendatang Yahudi.

Sumber tempatan berkata, kejadian berlaku awal hari ini di perkampungan Asira al-Qiblia di selatan Nablus.

"Sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan haram Yitzhar menceroboh kampung ini sekitar jam lima pagi (waktu tempatan) dan merosakkan tiga kenderaan milik penduduk," kata ketua kampung, Hafez Saleh.

Katanya lagi, tentera Israel yang berkawal di pos pemeriksaan berhampiran tidak mengambil sebarang tindakan bagi menghalang perbuatan pendatang terbabit.

Difahamkan, penempatan haram Yitzhar menjadi kediaman kepada sebahagian besar komuniti ekstremis Yahudi.

Mereka sering melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin termasuk membakar ladang pertanian.

Kebanyakan mereka terlepas daripada pendakwaan kerana bersekongkol dengan polis Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!