Tujuh negara berjanji lindungi Amazon

Tujuh negara Amerika Selatan termasuk Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru dan Surinam sepakat tandantangan perjanjian melindungi hutan Amazon.
Tujuh negara Amerika Selatan termasuk Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru dan Surinam sepakat tandantangan perjanjian melindungi hutan Amazon.
A
A
A

BOGOTA - Tujuh negara Amerika Selatan bersetuju melindungi lembangan sungai Amazon di tengah-tengah kebimbangan global berhubung kebakaran dahsyat di hutan hujan terbesar dunia itu.

Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru dan Surinam menandatangani satu perjanjian selain bersetuju menubuhkan rangkaian tindak balas bencana dan menjalankan pemantauan satelit bagi menangani isu di Amazon.

Pada sidang kemuncak yang diadakan di bandar Leticia, Colombia, mereka juga bersetuju melakukan penanaman semula hutan.

“Pertemuan ini bertindak sebagai mekanisme penyelarasan bagi presiden yang berkongsi Amazon,” kata Presiden Colombia, Iván Duque yang menjadi hos sidang berkenaan.

Kesemua negara terlibat turut sepakat mendidik dan meningkatkan peranan komuniti peribumi.

Dilaporkan lebih 80,000 kebakaran berlaku di hutan hujan Amazon tahun ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!