29 pendaki Gunung Liang terkandas
TANJUNG MALIM - Seramai 29 pendaki terkandas di Tumang Batak, Gunung Liang, Sungai Dara, Behrang Stesen di sini akibat arus deras.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, seramai 15 pegawai dan anggota polis, 24 bomba dan tujuh Anggota Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi itu.
Difahamkan kumpulan pendaki itu sedang turun dari gunung terbabit sebelum terperangkap di seberang sungai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua mangsa membabitkan 23 lelaki dan enam wanita yang berasal dari Cheras dan Seri Kembangan, Selangor.
“Sehingga jam 11 malam, 18 pendaki berjaya diselamatkan dan sehingga kini, operasi menyelamatkan masih diteruskan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!