James Bond puji aktivis remaja
Brosnan menyifatkan Thunberg sebagai wanita muda yang menakjubkan namun dalam komen kepada AFP di Festival Filem Deauville yang berlangsung di Perancis, pelakon itu berkata, aktivis terbabit perlu dilindungi.
Turut menggesa orang ramai terlibat aktif dalam urusan menjaga alam sekitar, Brosnan yang memegang watak Bond sebanyak empat kali antara tahun 1995 dan 2002 menjadikan Thunberg sebagai contoh.
"Anda boleh lihat betapa kuat pengaruh Thunberg terhadap golongan muda," kata pelakon berusia 66 tahun itu.
Thunberg, 16, menjadi ikon perjuangan perubahan iklim susulan tindakannya duduk di luar bangunan Parlimen Sweden pada Ogos tahun lalu dan mendesak ahli politik segera menangani isu pelepasan karbon dan pemanasan global. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!