Kurangkan berpolitik, segera tunai janji

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

PETALING JAYA - Rakyat ketika ini sudah muak dengan politik dan janji Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang masih tidak dilaksanakan kerajaan sehingga kini.

Timbalan Majlis Pimpinan PKR Selangor, Hee Loy Sian berkata, yang penting kerajaan Pusat perlu segera melaksanakan apa dijanjikan kerana rakyat ketika ini sudah muak dengan politik.

“Jangan bagi rakyat tertunggu-tunggu. Kerajaan Pusat kena buat cepat, kena kurangkan berpolitik, rakyat sudah muak.

“Jika janji subsidi minyak untuk golongan B40 cepat buat, janji hapuskan tol cepat buat," katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Petaling Jaya Selatan 2019 di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ, Taman Medan semalam.

Menurutnya, dalam masa sama semua pihak harus fokus pada isu utama ketika ini kerana Malaysia perlu melangkah ke hadapan dan meninggalkan hal yang boleh menggugat keamanan sesuatu kaum.

"Isu yang perlu diberi keutamaan adalah ekonomi, atasi kemiskinan bandar dan beri peluang pekerjaan kepada rakyat.

"Negara lain langkah ke depan tapi kita masih membangkitkan isu lama iaitu perkauman, tiada mana-mana kaum yang mahu mencabar atau menggugat Islam dan Bumiputera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!