Seruan akhir bayar zakat

Kaunter zakat dipenuhi orang ramai yang memgunjung PPZ-MAIWP untuk semakan dan pembayaran zakat bagi tahun 2018.
Kaunter zakat dipenuhi orang ramai yang memgunjung PPZ-MAIWP untuk semakan dan pembayaran zakat bagi tahun 2018.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) membuka kaunter hari ini dan esok sehingga jam 9 malam untuk pembayar zakat menunaikan kewajipan pada tahun ini untuk rebat cukai pendapatan e-filing 2019.

Tinjauan Sinar Harian di ibu pejabat PPZ-MAIWP dan cawangan lain seperti Kampung Baru dan Wangsa Maju mendapati orang ramai memanfaatkan program seruan akhir itu bagi membuat pembayaran termasuk zakat harta, pendapatan, perniagaan, simpanan, emas, KWSP dan Qadha Zakat.

Bagi yang kesuntukan masa, pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui portal www.zakat.com.my, perbankan internet atau khidmat Door to Door bagi pembayar zakat lebih RM5,000.

Kaunter zakat bergerak di PPZ-MAIWP di Shamelin Perkasa turut dibuka sehingga jam 12 malam pada hari terakhir esok sebelum masuknya tahun baru 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!