Empat premis makan diarah tutup kerana kotor

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Empat premis makan popular di sini diarah tutup sementara kerana tidak menjaga kebersihan di bahagian dapur.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan ketika pemeriksaan mengejut selama empat jam di beberapa kedai makan dan hotel di pulau bebas cukai ini semalam.

“Kami mengunjungi dan memeriksa restoran serta tempat makan ini dan mendapati keadaan yang mengecewakan, tahap kebersihan jauh di bawah tahap sederhana.

"Kami tidak bertolak ansur dengan populariti restoran atau hotel, yang penting ialah piawaian aspek kebersihan harus dipatuhi pengendali makanan," katanya.

Beliau berkata, operasi pengendalian kawalan tembakau dan prosedur operasi standard kebersihan itu adalah untuk memastikan kualiti makanan dan kebersihan sentiasa dikekalkan.

"Pemeriksaan akan dijalankan secara berkala bagi mempastikan semua kedai makan mematuhi Akta Makanan 1983.

"Premis yang diarah tutup perlu melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh 14 hari dan boleh beroperasi semula setelah pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihan di premis berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!