Suami maut, isteri cedera motosikal bertembung kereta

Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil, di Jalan Kampung Langkap, Setiu hari ini. Foto: Ihsan pembaca
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil, di Jalan Kampung Langkap, Setiu hari ini. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

SETIU - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Langkap, berhampiran Masjid An Nur, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, mangsa, Wan Nor Wan Salleh, 64, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Manakala isterinya, Wan Kembang Tom Salleh, 55, mengalami kecederaan sebelum di hantar mendapatkan rawatan susulan di Hospital Setiu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Kancil berkenaan dipandu seorang wanita berusia 29 tahun dari rumahnya di Kampung Langkap menghala ke Permaisuri.

"Setibanya di lokasi, tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kiri sebelum dilanggar kereta tersebut.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya cedera di badan dan dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan susulan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abd Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!