British Airways batal hampir semua penerbangan
LONDON - Syarikat penerbangan British Airways (BA) berkata pihaknya terpaksa membatalkan hampir kesemua penerbangan berikutan mogok yang dilancarkan para juruterbang hari ini.
"Selepas beberapa bulan cuba menyelesaikan pertikaian berhubung isu gaji, kami memohon maaf kerana keadaan menjadi seperti ini sekarang.
"Malangnya tanpa butiran daripada BALPA tentang juruterbang mana yang akan mogok, kami tiada cara untuk meramal berapa ramai yang akan datang bekerja dan pesawat mana yang layak mereka kendalikan, oleh itu kami tidak mempunyai pilihan selain membatalkan hampir 100 peratus penerbangan kami," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
BA berkata, pihaknya bersedia kembali ke meja rundingan dan berbincang dengan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA).
Sejak sembilan bulan lalu pihak BA dan 4,300 juruterbangnya bertelagah berhubung isu gaji, susulan itu para juruterbang melancarkan mogok yang dijadual diteruskan hingga esok.
Mereka turut bercadang mengadakan mogok pada 27 September dan sekali lagi menjelang cuti musim sejuk sekiranya tiada penyelesaian dicapai. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang British Airways mogok berikutan isu gaji
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!