Lelaki maut pacuan empat roda terbabas

Anggota dari Balai Bomba Rantau Panjang melakukan operasi menyelamat di tempat kejadian. (Gambar kecil kiri, Muhamad Azrol maut dan Syed Akil Fitri mengalami kecederaan.)
Anggota dari Balai Bomba Rantau Panjang melakukan operasi menyelamat di tempat kejadian. (Gambar kecil kiri, Muhamad Azrol maut dan Syed Akil Fitri mengalami kecederaan.)
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas di Jalan Batu Karang berhampiran Kampung Kubang Kuau dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.25 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Azrol Hisham Mat Ali, 23.

Sementara itu, rakan arwah, Syed Akil Fitri Syed Syed Muhammad Pouzi Syed Muhammad PO, 25, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

"Seramai empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

"Ketika kami sampai, didapati kenderaan pacuan empat roda jenis Triton terbabas dan masuk ke dalam parit," katanya.

Menurut Imran, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, pacuan empat roda itu dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!