Kreatif hasilkan aiskrim diet

Abdul Wahab dan Azlini menunjukkan aiskrim diet yang dihasilkan mereka.
Abdul Wahab dan Azlini menunjukkan aiskrim diet yang dihasilkan mereka.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Aiskrim sering digambar sebagai kudapan yang boleh menaikkan berat badan walaupun bentuk dan rasanya amat menyelerakan.

Hal ini kerana kandungan gula yang terdapat dalam hidangan tersebut sangat tinggi sehingga menyebabkan penggemarnya berfikir dua kali sebelum menikmatinya.

Bagaimanapun, penggemar aiskrim mampu menarik nafas lega apabila seorang usahawan, Abdul Wahab Hussin, 42, dan isteri, Azlini Ismail, 37, dari Kampung Repek dekat sini memperkenalkan 'ais krim diet'.

Abdul Wahab berkata, aiskrim diet itu dihasilkan menggunakan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran segar mengikut jumlah kalori yang diperlukan oleh badan.

"Menariknya, aiskrim ini bukan sahaja rendah lemak, malah kandungan gula turut dikurangkan bagi memastikan perjalanan diet mengikut jadual

"Terdapat beberapa jenis aiskrim diet iaitu tutti fruity, timun, lobak merah, kiwi, tembikai dan banyak lagi," katanya.

Abdul Wahab menunjukkan aiskrim diet perisa kiwi dan timun.
Abdul Wahab menunjukkan aiskrim diet perisa kiwi dan timun.

Menurutnya, dia terkejut aiskrim diet yang dijual dengan harga RM2 sebatang mendapat permintaan tinggi sehingga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain aiskrim diet, dia turut menyediakan pelbagai pilihan perisa menarik kepada penggemar kudapan itu.

"Perisa lain yang dijual ialah strawberi, anggur, jeruk, masam manis, milo, asam boi, sirap laici, kit kat dan banyak lagi," katanya,

Abdul Wahab berkata, aiskrim perisa kit kat dan oreo serta durian merupakan merupakan produk yang paling laris di pasaran ketika ini.

Katanya, kesemua perisa itu dijual dengan harga RM1 sebatang.

Dia berkata, pelanggan tidak perlu bimbang kerana aiskrim yang dihasilkan bersih menggunakan air yang menggunakan proses Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis) dan dijamin halal.

"Proses membuat aiskrim ini dilakukan di rumah menggunakan mesin khas.

"Dalam masa 20 minit, sebanyak 40 batang aiskrim dapat dihasilkan dan dalam sehari, saya boleh memproses sehingga 600 batang aiskrim," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!