Bangladesh henti jual kad sim kepada pelarian Rohingya

Bangladesh arah henti jualan kad sim kepada pelarian Rohingya.
Bangladesh arah henti jualan kad sim kepada pelarian Rohingya.
A
A
A

DHAKA - Pengendali telefon mudah alih Bangladesh menerima arahan kerajaan untuk menghentikan penjualan kad sim baharu kepada pelarian Rohingya.

Empat pengendali berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menghantar laporan berhubung langkah yang telah diambil bagi menghentikan talian data selain diarah berhenti menjual kad sim di kawasan kem.

"Semua penjualan kad sim di kawasan kem telah dihentikan,"kata Setiausaha Agung Persatuan Pengendali Telekom Mudah Alih Bangladesh (AMTOB), S.M Farhad kepada AFP.

Menurut beliau, rangkaian internet 3G dan 4G di kawasan terbabit turut disekat antara jam 5 petang hingga 6 pagi setiap hari.

Para pengendali bertindak menghadkan liputan di dalam Bangladesh sahaja berikutan dakwaan terdapat pelarian Rohingya di Myanmar turut menggunakan rangkaian terbabit.

Larangan terkini itu mengejutkan pelarian yang berkata ia menjejaskan kehidupan mereka dan mengganggu komunikasi antara kem serta warga Rohingya yang masih berada di Myanmar.

Terdahulu, pengendali telekomunikasi Bangladesh mengarahkan akses talian mudah alih di seluruh kem pelarian disekat atas alasan keselamatan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!