Tip semak prestasi telefon pintar
PRESTASI telefon pintar sangat perlahan dan kapasiti memori terhad? Anda disyorkan untuk menyemak terlebih dahulu perisian aplikasi Android yang dimuat turun sebelum ini supaya paparan lebih lancar.
Terdapat juga beberapa tip untuk mengenalpasti kapasiti dan penggunaan memori aplikasi dengan hanya uninstall aplikasi yang kurang penting dalam telefon Android anda bahkan cara itu juga boleh menambah hayat bateri.
Pengguna juga boleh menyemak aplikasi media sosial seperti Facebook atau Instagram yang boleh menyebabkan punca masalah itu. Anda juga boleh menyemak sendiri melalui cara berikut:
1-Pergi ke tatapan
2-Skrol ke bawah dan sentuh storan/memori
3-Senarai ini akan menunjukkan ada ‘App usage’ untuk RAM dalam masa tiga jam, enam jam, 12 jam dan 1 hari.
Dengan informasi ini, anda akan dapat mengetahui peratusan RAM bagi kesemua aplikasi dan boleh membantu untuk uninstall aplikasi tertentu atau tidak.
Jika storan dalaman anda hampir penuh, mungkin itu menjadi punca prestasi telefon pintar menjadi perlahan dan jangan lupa untuk restart kembali telefon anda setiap hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!