Pelajar ACS maut nahas motosikal

Mangsa yang menunggang sendirian dalam perjalanan dari dari arah Ayer Tawar menghala Ke arah Kampung Koh disahkan maut di tempat kejadian.
Mangsa yang menunggang sendirian dalam perjalanan dari dari arah Ayer Tawar menghala Ke arah Kampung Koh disahkan maut di tempat kejadian.
A
A
A

BERUAS - Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum bertembung sebuah kereta di Kilometer 2 Kampung Koh-Ayer Tawar, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.20 malam itu mengakibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan berkenaan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang sendirian dalam perjalanan dari arah Ayer Tawar menghala ke Kampung Koh.

"Siasatan awal mendapati, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!