Mayat adik tergantung pada kipas siling
BANTING - Usaha seorang abang untuk mencari adiknya yang tidak pulang sejak beberapa hari lalu dikejutkan dengan penemuan mayat adiknya itu dalam keadaan tergantung di dalam bilik sebuah rumah kedai di Jalan Toman Taman Seri Putra di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati satu mayat lelaki dengan leher diikat dengan kain dalam keadaan tergantung pada kipas siling bilik.
"Semakan mendapati lelaki itu ialah warga tempatan berusia 35 tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah dipanggil ke tempat kejadian dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
Katanya, dipercayai mangsa tinggal dan menyewa di rumah kedai terbabit.
"Mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!