Letupan masih berlaku di Narathiwat
BANGKOK - THAILAND . Empat butir bom buatan sendiri meletup di beberapa daerah di Narathiwat semalam, susulan insiden keganasan pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.
Serangan disasarkan di beberapa kawasan di daerah Rangae, Sakhon, Rueso, termasuk sebuah landasan kereta api di Cho Airong.
Dalam insiden Jumaat lalu, empat orang dilaporkan cedera dalam insiden letupan yang menyasarkan tiang-tiang elektrik di empat wilayah di Narathiwat.
Pihak keselamatan Thailand turut menemui 18 butir bom buatan sendiri di tiga daerah di Narathiwat yang kemudiannya dimatikan oleh anggota skuad pemusnah bom. - Bangkok Post
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!