Kata-kata terakhir Jamal Khashoggi

Mayat Khashoggi masih tidak ditemukan hingga kini.
Mayat Khashoggi masih tidak ditemukan hingga kini.
A
A
A

ANKARA - Akhbar Turki, Daily Sabah semalam mendedahkan transkrip rakaman audio wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi dan skuad khas dari Riyadh yang membunuh beliau dengan kejam di dalam Konsulat Saudi di Istanbul pada tahun lalu.

Rakaman yang diperoleh risikan Turki itu memaparkan butiran terperinci perbualan antara kolumnis the Washington Post dan skuad khas terdiri daripada 15 individu sebelum insiden pembunuhannya pada 2 Oktober 2018.

Khashoggi dilaporkan ke konsulat itu untuk mendapatkan dokumen perkahwinan dan disambut oleh seorang individu yang dikenalinya sebelum ditarik ke dalam sebuah bilik.

"Tolong duduk, kami perlu bawa kamu pulang ke Riyadh. Ini adalah arahan daripada Interpol," kata pegawai perisik kanan Saudi, Maher Abdulaziz Mutreb yang juga pengawal peribadi Putera Mahkota, Mohammed Salman.

Khashoggi yang memberi respon berkata, "Tiada tuntutan undang-undang dikemukakan ke atas saya. Tunang saya menunggu di luar".

ARTIKEL BERKAITAN: Pembunuh Khashoggi masih cetus tanda tanya

Kira-kira 10 minit sebelum beliau dibunuh, Mutreb turut meminta Khashoggi meninggalkan pesanan untuk anak lelakinya, namun pengkritik lantang Putera Mahkota itu enggan berbuat demikian.

"Saya ada asma. Tolong jangan buat begini, anda akan lemaskan saya," kata-kata terakhir Khashoggi selepas diheret ahli skuad tersebut.

Artikel Berkaitan:

Bunyi gergaji pembedahan dapat didengar tidak lama selepas itu dipercayai digunakan untuk mengerat tubuh beliau dan prosedur itu berlangsung selama 30 minit.

Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemukan. - Al-Jazeera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!