Mangsa ribut 'menangis' tunggu bantuan

Ahmad Mustain memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Ahmad Mustain memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Mangsa ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak sehingga mengakibatkan kebanyakan rumah rosak teruk masih belum menerima bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman berkata, sehingga kini penduduk masih menanti bantuan yang dijanjikan.

"Mangsa ribut di Sabak 'menangis' bantuan bencana ribut belum diterima. Sampai bila hendak tunggu?" katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Status itu menerima pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook lain.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Al Ssisa' berkata, seharusnya ada kaedah lain bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana itu.

"Mesti kena cari duit lain dahulu sementara menunggu bantuan," katanya.

Pemilik akaun nama 'Fajar Bin Mohd Mosleh' berkata, rakyat seharusnya membuat pilihan terbaik bagi menentukan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

"(Kerajaan) 60 tahun boleh tumbang, ini pula baru lima tahun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, UMNO Bahagian Sungai Besar bercadang menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kegagalan kerajaan negeri memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa ribut di Parlimen itu.

Ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, memorandum itu dijadualkan diserahkan kepada baginda pada minggu hadapan.

Kerajaan Selangor pada 15 Ogos lalu memperuntukkan dana sebanyak RM1.6 juta bagi membantu penduduk di Sabak Bernam membaiki rumah mereka yang rosak akibat ribut pada 10 Ogos lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sebanyak 509 rumah dikenal pasti terjejas, namun 100 daripadanya masih dinilai jumlah sebenar kerosakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!