Syed Saddiq dedah wujud budaya cantas-mencantas
PUTRAJAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan wujud budaya cantas- mencantas dalam parti itu.
Menurutnya, ada ahli Armada Bersatu yang dilucutkan jawatan selepas menang PRU yang lalu.
"Adalah sangat tidak adil apabila mereka yang berjuang sejak sekian lama dilucutkan jawatan tanpa sah," katanya dalam ucapan penangguhan sayap parti itu hari ini.
Beliau berkata, Armada tidak ingin melancarkan 'perang' terhadap mana-mana pihak namun budaya tersebut perlu dibanteras.
"Jangan salah faham. Armada tidak ingin 'berperang' dengan sesiapa.
"Kita akui perlu bekerjasama dgn semua tetapi jangan sesekali lupa adik-adik dan anak-anak Armada yang berjuang sejak sekian lama," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!