'Kesihatan ibu semakin merosot'

Kesihatan Norazlina yang lumpuh selepas melahirkan anak ketujuhnya enam bulan lalu semakin merosot.
Kesihatan Norazlina yang lumpuh selepas melahirkan anak ketujuhnya enam bulan lalu semakin merosot.
A
A
A

TUMPAT - Kesihatan wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak ketujuhnya enam bulan lalu semakin merosot.

Anaknya sulungnya, Nur Fatin Shahira Ibrahim, 22, berkata, ibunya kerap muntah selepas minum susu yang dimasukkan melalui tiup khas.

Bagaimanapun katanya, dia tetap memberi ibunya minum enam kali sehari tetapi mengurangkan kuantitinya.

"Kami semua buntu dengan dengan keadaan ibu. Bulan depan ibu perlu bertemu doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Menurut Nur Fatin Shahira, punggung ibunya juga berkudis serta bernanah akibat terlalu lama terlantar menyebabkan kesukaran menukar lampin pakai buang.

Katanya, saluran kencing ibunya juga bercampur darah.

Che Nor Hayati (dua kiri) bersama Tiong Lam (kanan) menyerahkan penyedut kahak kepada Nur Fatin Shahira.
Che Nor Hayati (dua kiri) bersama Tiong Lam (kanan) menyerahkan penyedut kahak kepada Nur Fatin Shahira.

Pada Julai lalu, Sinar Harian melaporkan Norazlina Hasan, 42, di Kampung Laut 1 terlantar di atas katil dan bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub.

Artikel Berkaitan:

Setiap kali anaknya, Nor Amalina Eliya Ibrahim, diletakkan di dalam pangkuan, Norazlina akan menitiskan air mata walaupun badannya dalam keadaan kaku.

Kunjungan kedua Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) ke rumah Norazlina bersama Pengasas CM Asnaf Solution, Che Nor Hayati Mohamad hari ini menyumbang penyedut kahak.

Pengerusi KKCK, Pui Tiong Lam berkata, sebelum ini peralatan berkenaan disewa ahli keluarga Norazlina.

ARTIKEL BERKAITAN: Lumpuh selepas bersalin anak ketujuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!