Laluan Jambatan Sultan Iskandar Shah kembali dibuka

Laluan di Jambatan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar telah dibuka sepenuhnya.
Laluan di Jambatan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar telah dibuka sepenuhnya.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Laluan di Jambatan Sultan Iskandar Shah di sini dibuka sepenuhnya selepas ditutup hampir 12 jam bagi kerja-kerja pengalihan sebuah lori muatan kayu yang terbabas, semalam.

Ketua Polis Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, sepanjang tempoh itu, semua kenderaan telah dilencongkan sementara menunggu proses pembersihan muatan kayu yang jatuh.

"Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan selesai sekitar jam 11.30 malam tadi, pagar jambatan yang rosak telah ditutup menggunakan penghadang konkrit bagi tujuan keselamatan," katanya.

Pagar jambatan yang rosak telah ditutup menggunakan penghadang konkrit bagi tujuan keselamatan.
Pagar jambatan yang rosak telah ditutup menggunakan penghadang konkrit bagi tujuan keselamatan.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi semalam, seorang lelaki nyaris terhumban dalam sungai selepas lori dinaiki terbabas sebelum melanggar pengadang besi di jambatan itu.

Kejadian berlaku di Kilometer 44 Jalan Ipoh-Taiping itu dipercayai berpunca selepas ikatan pada kayu dibawa terputus menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan dan muatan jatuh hingga menghalang lalu lintas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris terhumban ke dalam sungai

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!