Ajal dalam rumah berkunci
TAIPING - Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di rumahnya di Taman Tekah Impian, di sini malam tadi.
Mayat mangsa dipercayai berada dalam rumah yang berkunci menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 11.28 malam.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Taiping tiba menggunakan peralatan khas bagi memotong mangga kunci rumah.
"Mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun dijumpai dalam rumah berkenaan dan telah disahkan meninggal dunia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Operasi selesai pada jam 12.45 malam.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!