Bimbang komputer digodam? Boleh cuba cara ini
BIMBANG kata laluan menjadi sasaran pengodam? Tindakan licik individu tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi dengan cara mengodam komputer atau telefon pintar sewajarnya dibanteras.
Keselamatan maklumat peribadi cukup penting bagi mengelakkan data disalahgunakan selain menjadi sasaran individu tertentu yang cuba untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.
e-Trend mahu kongsikan beberapa tip terbaik yang dikongsikan pakar dalam talian bagi meningkatkan tahap keselamatan kata laluan di komputer riba atau aplikasi peribadi. Berikut perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada semua:
- Pengguna dinasihatkan menggunakan kata laluan secara rawak dengan kombinasi nombor, huruf kecil dan besar berserta simbol yang tidak melambangkan maklumat peribadi.
- Kalau boleh, rajin menukar kata laluan sekurang-kurangnya seminggu atau sebulan sekali.
- Gunakan semaksimum mungkin kata laluan yang dibenarkan memandangkan ada segelintir aplikasi menitikberatkan pemilihan kata laluan.
- Jangan dedahkan atau memberi tahu kata laluan kepada orang lain.
- Pengguna dinasihatkan menggunakan perisian keselamatan yang bagus bagi menghalang pencerobohan data melalui virus atau cacing yang cuba mengakses komputer peribadi.
- Pemasangan Firewall cukup penting bagi meningkatkan keselamatan komputer pengguna.
Komputer peribadi perlu mempunyai perisian anti virus yang boleh membantu mencegah pencerobohan data tanpa disedari dan kalau boleh, jangan sewenang-wenangnya memuat turun fail yang mengandungi.com,vb, dll dan exe yang dikhuatiri mempunyai virus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!