Mayat seorang lagi pemancing ditemukan
LAWAS - Mayat seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di laut berhampiran Pulau Sari telah ditemukan oleh pasukan sukarelawan bomba dan orang kampung pada 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Lawas, Deputi Superintendan Roslan Leman dalam satu kenyataan hari ini berkata, mayat Farouk Arlan Ahmad Sabri, 29, tahun yang bekerja sebagai juruteknik Telekom Malaysia cawangan Lawas ditemukan 450 meter daripada mayat pertama yang ditemukan pagi semalam.
Mayat Yee Chee Tiong, 30, seorang ahli perniagaan ditemukan pada 8.35 pagi semalam di Sungai Labi-labi, Lawas.
Pada Isnin polis menerima laporan mengenai kehilangan ketiga-tiga lelaki itu ketika mereka memancing di perairan Lawas.
Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, usaha mencari serta menyelamat seorang lagi pemancing Mohd Amirul Bakar,26, yang bekerja sebagai Pembantu Penguatkuasa Kastam Lawas diteruskan mulai 7 pagi ini.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!