JKR baik pulih 6 cerun Simpang Pulai - Cameron Highlands

Kerja-kerja baik pulih cerun sedang giat dijalankan yang dijangka siap akhir tahun ini. - Foto - Pejabat Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak.
Kerja-kerja baik pulih cerun sedang giat dijalankan yang dijangka siap akhir tahun ini. - Foto - Pejabat Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih cerun runtuh di beberapa tempat sepanjang jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun yang dikenal pasti berisiko dilaksanakan Syarikat Konsesi PUSB melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.

"Projek ini dijangka siap pada akhir tahun ini dan buat masa ini JKR mengambil langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian yang tidak diingini.

"Orang ramai diminta berhati-hati melalui kawasan tersebut terutama pada waktu malam," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!