Jerebu: Enam kawasan di Selangor capai bacaan IPU tidak sihat
SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 141, Klang (177), Banting (132), Johan Setia, Klang (177), Petaling Jaya (138) dan Kuala Selangor (130).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Jabatan Kesihatan Selangor semalam menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat keadaan berjerebu yang sedang melanda negeri itu kini.
Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!