Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut perayaan Onam
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada masyarakat Malayalee yang menyambut perayaan itu hari ini.
"Selamat menyambut perayaan Onam yang meriah dan diberkati kepada semua rakan daripada kaum Malayalee,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Instagram Istana Negara.
Onam, festival menuai masyarakat Malayalee, jatuh pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai 'Chingam' (bersamaan Ogos-September).
Ia disambut bagi meraikan maharaja legenda yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!