Pilihan raya Bangladesh ragut dua nyawa
DHAKA - BANGLADESH. Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam pergaduhan berkaitan pilihan raya di Bangladesh hari ini, kata polis susulan kempen dicemari oleh keganasan.
Seorang lelaki maut ketika polis melepaskan tembakan ke atas aktivis pembangkang yang didakwa menyerang stesen mengundi di bandar selatan Bashkhali.
Sementara itu, seorang aktivis parti Liga Awami maut selepas dipukul penyokong pembangkang semasa perbalahan di daerah tenggara Rangamati.
Kematian itu menjadikan enam orang meninggal dunia berhubung keganasan berkaitan pilihan raya yang dijangka menyaksikan Perdana Menteri Sheikh Hasina memenangi penggal keempat.
Kempen selama seminggu ini dibayangi perselisihan antara penyokong Liga Awami dan aktivis daripada Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) sebagai pembangkang utama.
BNP mendakwa lapan aktivisnya meninggal dunia sejak pilihan raya Parlimen yang diumumkan pada 8 November. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!