Waspada ribut Siklon Tropika landa Kelantan!

Tular Ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda Kelantan, pada 1 hingga 4 Januari ini.
Tular Ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda Kelantan, pada 1 hingga 4 Januari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Penularan berita Ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda Kelantan, masih berada di peringkat jangkaan awal.

Pengarah Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria berkata, penularan tersebut bukan daripada sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) sebaliknya berdasarkan jangkaan satu model Ramalan Cuaca Numerical (NWP).

Menurutnya, Jabatan ini sedang memantau rapi perkara itu dengan sebaiknya dan berharap orang awam peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta dapat mengehadkan aktiviti pantai.

Beliau berkata, nelayan yang menggunakan bot kecil juga perlu berhati-hati kerana angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

“Buat masa ini, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran waspada bagi hari ini sehingga esok 31 Disember 2018 bagi kawasan pantai Sabah dan Sarawak kerana jangkaan kehadiran sistem ribut tropika itu di Laut Cina Selatan.

“Amaran waspada juga turut dikeluarkan di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai berikutan angin kencang Timur Laut yang dijangka melanda Pantai Timur Semenanjung pada masa yang sama,” katanya.

Katanya, sebarang maklum balas boleh didapati menerusi laman sesawang www.met.gov.my atau melalui aplikasi mobile myCuaca.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!