Ugut bunuh ibu kerana lambat sediakan makanan

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Hanya kerana lewat sediakan makanan, seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh ibunya sendiri, dalam kejadian di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, ketika wanita berusia 62 tahun itu sedang menyiapkan makanan tengah hari di dapur.

Bagaimanapun, anaknya yang berusia 28 tahun yang baharu bangun tidur, mengamuk secara tiba-tiba apabila mendapati hidangan makanan masih belum siap.

Menurut sumber, wanita itu telah menegur anaknya, menyebabkannya naik angin sambil mengugut mahu membunuh ibunya, sebelum keluar rumah tidak lama kemudian.

Mangsa yang ketakutan dan bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan yang diterima, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine telah ditahan di rumah mereka kira-kira jam 5 petang pada hari yang sama.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!