Budak tadika bawa bom tangan ke sekolah

Polis berkata bom tangan tersebut dijumpai di sebuah lapang sasar di Rinkaby di pinggir bandar Kristianstad, Sweden.
Polis berkata bom tangan tersebut dijumpai di sebuah lapang sasar di Rinkaby di pinggir bandar Kristianstad, Sweden.
A
A
A

STOCKHOLM - Seorang kanak-kanak lelaki mencetuskan suasana panik di sebuah sekolah tadika di Sweden kerana membawa sebutir bom tangan ke dalam kelas.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku di selatan bandar Kristianstad kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit menjumpai bom tangan tersebut di sebuah lapang sasar di Rinkaby dan membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan sekelas.

Seorang guru yang melihat bom tangan itu kemudian menghubungi polis,

Susulan itu polis menghantar unit pemusnah bom dan menutup akses di kawasan berhampiran.

Bom tangan tersebut berjaya dimusnahkan di tempat kejadian beberapa jam kemudian.

"Kami tidak tahu tahap kerosakan dan kemusnahan sekiranya bom tangan tersebut meletup," kata jurucakap polis. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!