Meriahnya warung kopi dengan isu semasa

No Image Caption
A
A
A

RUTIN setiap pagi Merak Jalanan selepas menghantar anak ke sekolah adalah mengunjungi sebuah warung kopi untuk menikmati roti canai dan menghirup kopi o kaw.Baru-baru ini di gerai itu sambil menatap akhbar Sinar Harian, Merak Jalanan terpandang satu kumpulan lima orang sedang asyik berborak tentang isu-isu semasa.

Daripada raut muka boleh dikatakan mereka ini sudah berusia sekitar awal 60-an.Banyak perkara dibualkan dan antara yang menarik perhatian Merak Jalanan adalah isu tentang cadangan usia persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membangkang.

Salah seorang daripada mereka mengatakan usia 65 tahun sudah tidak lagi produktif untuk bekerja. Malah katanya, jika kerajaan meneruskan cadangan itu, bukan sahaja produktiviti merudum malah lebih ramai anak-anak muda menganggur.

Seorang lagi rakannya pula bersetuju dengan alasan orang lama ini banyak pengalaman dan tahu bagaimana mengendalikan sesuatu kerja itu dengan baik. Seorang lagi pula mahu usia persaraan dikurangkan daripada 60 kepada 55 tahun.

Alasannya adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan juga mendekatkan diri kepada agama.

Merak Jalanan tersenyum sendirian. Setuju supaya cadangan itu tidak diteruskan dengan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya dari aspek pengangguran anak-anak muda. Setuju juga usia persaraan itu dikurangkan atas alasan lebih ramai anak-anak muda akan memperoleh pekerjaan.

Inilah situasi yang sedang dihadapi negara apabila makin ramai anak-anak muda tidak bekerja. Berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja, pelbagai kekosongan jawatan sudah pun ditawarkan cuma hendak atau tidak sahaja untuk mereka mengisinya.

Malah ramai juga anak muda yang berjaya hidup tanpa makan gaji dengan menjadi petani dan juga berniaga. Lebih-lebih lagi perniagaan secara dalam talian yang kini semakin meluas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!