Murid tahun 5 galas tanggungjawab jaga ibu diserang strok

Menjaga dan memberi makan ibu tiga kali sehari menjadi tanggungjawab seorang kanak-kanak Gunadiono sejak dua tahun lalu.
Menjaga dan memberi makan ibu tiga kali sehari menjadi tanggungjawab seorang kanak-kanak Gunadiono sejak dua tahun lalu.
A
A
A

JAWA TIMUR - Menjaga dan memberi makan ibu tiga kali sehari sudah menjadi tanggungjawab seorang kanak-kanak baru berusia 11 tahun sejak dua tahun lalu.

Muhammad Gunadiono, murid tahun 5 di sebuah sekolah dasar di Jombang, Jawa Timur.

Menerusi laporan Kompas, Gunadiono ialah pelajar SDN Gedongombo 2, Daerah Ploso, Kabupaten Jombang.

Sejak dua tahun lalu, ibunya hanya mampu berbaring di atas katil kerana diserang strok.

Seluruh anggota badan Umiati, 46, tidak dapat bergerak termasuk kaki, tangan mulut dan mata ibunya juga mengalami masalah akibat strok itu.

"Ibu mengalami strok, sejak saya berada di tahun 3," kata Gunadiono ketika ditemui oleh Kompas.com, ketika dia baru pulang dari sekolah.

Menurutnya, setiap pagi sebelum pergi ke sekolah dia akan memberi makan kepada ibunya terlebih dahulu.

Rutin itu juga dilakukan apabila dia pulang ke rumah selepas sekolah dan juga pada waktu petang.

Artikel Berkaitan:

Kadang-kadang dia juga perlu memandikan ibunya terutamanya apabila bapa dan ibu saudaranya lewat pulang bekerja.

"Setiap hari menjaga ibu, beri (ibu) makan dan juga mandikan (ibu) dan dibantu pak cik dan mak cik," kata Gunadiono lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!