Nazmi Adhwa luah perasaan, ini respons Ardell...
PELAKON, Nadzmi Adhwa telah berkongsi sepotong video memperlihatkan dia mengucapkan I Love You (Saya cinta / sayang awak) kepada pelakon, Ardell Aryana.
Namun apa yang melucukan adalah respons Ardell yang kelihatan terkejut dan berkata : "Kepala bana kau," sebelum disambut deraian ketawa oleh Nadzmi.
Bagaimanapun luahan Nadzmi itu hanya sebahagian daripada Wanitaku Challenge.
Malah Nadzmi juga turut mencabar pengikutnya untuk membuat challenge sama kepada orang lain.
"Lelaki kena gentle terus terang je. Mana tahu dapat “ Love You Too “ ke kan"
"Saya cabar korang semua buat #WanitakuChallenge. Senang je. Korang pick random siapa sahaja perempuan atau lelaki pergi cakap “ ILoveYou “ kat dia and tengok reaction dia.
"Lepas itu tagged saya. Mana tahu jadi jodoh lepas itu kan. Video yang paling win akan dapat hadiah dari team kami iaitu Limited Edition Cover Album #Wanitaku.
"Selamat mencuba. Sorry Del (Ardell) jangan marah aku @ardellaryana aku gurau," tulisnya beserta tanda pagar #WanitaKuChallenge.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!