Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie

Bacharuddin Jusuf Habibie
Bacharuddin Jusuf Habibie
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, demikian menurut Wisma Putra.

Dr Wan Azizah dalam lawatan khas itu hari ini akan diiringi Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin serta pegawai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Dr Wan Azizah akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham BJ Habibie di Kuningan Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Indonesia ketiga BJ Habibie meninggal dunia

Beliau juga akan menghadiri upacara pengebumian Allahyarham di Taman Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan.

BJ Habibie menghembuskan nafas terakhir semalam pada pada usia 83 tahun di Jakarta Pusat.

"Pemergian Allahyarham BJ Habibie yang merupakan seorang negarawan Indonesia adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja bagi negara tersebut malah bagi seluruh rantau Asia Tenggara,” kata Wisma Putra. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!