NZ ubah tarikh perbicaraan pengganas Christchurch

Pelampau kulit putih, Brenton Tarrant (tengah) dituduh membunuh 51 jemaah di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
Pelampau kulit putih, Brenton Tarrant (tengah) dituduh membunuh 51 jemaah di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
A
A
A

WELLINGTON - Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini mengubah tarikh perbicaraan pelampau kulit putih yang dituduh membunuh seramai 51 jemaah masjid di Christchurch bagi mengelak ia bertembung dengan bulan Ramadan.

Perbicaraan Brenton Tarrant dijadualkan bermula pada 4 Mei 2020.

Satu kenyataan dikeluarkan mahkamah berkata, pendakwa bimbang pertembungan itu akan menimbulkan masalah.

"Beberapa saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah adalah beragama Islam," menurut kenyataan itu.

Ia menambah, tarikh baharu dijadualkan pada Jun tahun depan dan pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap perubahan tersebut.

Tarrant, berdepan 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan terbabit dalam aktiviti keganasan susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai pada 15 Mac lalu di bandar South Island. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!